CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
SELAMAT DATANG KE BLOG KAMI... JOM BELAJAR REKABENTUK BERKOMPUTER

Sunday, 6 May 2012

Pengenalan kepada oblik

Lukisan oblik merupakan satu lagi kaedah yang digunakan untuk menunjukkan rupa bentuk sesuatu objek dalam bentuk lukisan. Lukisan oblik mempunyai banyak persamaan dengan lukisan isometri kerana imej yang dilukis adalah dalam bentuk tiga dimensi. Lukisan oblik juga dikenali sebagai unjuran serong. Objek oblik mempunyai pelan permukaan kiub yang selari dan dua permukaan yang condong berdasarkan kepada sudut kecondongan objek.

Perbezaan di antara oblik dengan lukisan isometri :

Lukisan oblik
Lukisan isometri
  • 1 paksi mendatar 
  • 1 paksi menegak
  • 1 paksi sorot bersudut 30 darjah, 45 darjah atau 60 darjah dari paksi mendatar.
  • 1 paksi menegak
  • 2 paksi lain di kiri dan kanan bersudut 30 darjah dari paksi mendatar.

     Secara umumnya terdapat tiga jenis lukisan oblik iaitu :  


     a)  Oblik kavalier (saiz penuh).
     b)  Oblik kabinet  (saiz setengah dari saiz penuh).
         c)  Oblik am (3/4 dari saiz penuh).

No comments:

Post a Comment