- Lukisan isometri ialah satu kaedah yang digunakan untuk menunjukkan rupa bentuk sesuatu objek dalam bentuk lukisan tiga dimensi.
- Isometri berbeza dengan ortografik kerana isometri menunjukkan sesuatu lukisan dalam bentuk tiga dimensi (3D), manakala ortografik menunjukkan lukisan dalam bentuk dua dimensi (2D) sahaja.
- Lukisan isometri kebiasaanya digunakan oleh jurutera, pereka bentuk, pegawai pengawalan mutu dan pemeriksaan untuk memudahkan kerja-kerja pemeriksaan mutu barangan yang dihasilkan
- Lukisan isometri dibina dengan menggunkan tiga paksi. Salah satu daripada paksinya adalah menegak, manakala dua paksi yang lain dilukiskan di kiri dan kanan pada sudut 30 darjah dari garisan mendatar.
- Lukisan isometri dihasilkan dengan merujuk kepada unjuran dan dimensi pada lukisan ortografik.
- Terdapat beberapa jenis paksi yang digunakan dalam lukisan isometri seperti paksi biasa, paksi panjang dan paksi terbalik.
- Pemindahan ukuran panjang atau sudut tak isometri ini perlu dilakukan menggunakan kaedah ofset atau pemindahan secara keratan bersiri.
- Lengkuk dan bulatan pada lukisan isometri juga dilukis secara ofset atau keratan bersiri. Tetapi, kaedah yang lebih mudah adalah menggunakan kaedah empat pusat.
- Garisan tersembunyi tidak perlu dilukis dalam lukisan isometri kecuali sekiranya diperlukan.
Sunday, 6 May 2012
Nota tambahan isometri
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment