Pandangan Unjuran Sudut Pertama
Pandangan hadapan berada di sebelah atas yang selari dengan pandangan sisi, manakala bagi pandangan atas berada di bawah pada kedudukan pandangan hadapan.
Unjuran sudut pertama.
- Unjuran ini merupakan unjuran yang terawal dan tertua digunakan dalam lukisan kejuruteraan.
- Lukisan dalam sudut unjuran inidianggap sebagai unjuran piawai tradisi British dan Eropah untuk kegunaan para arkitek dan jurutera.
- Satah – satah utama yang terdapat dalam sudut ini mempunyai namanya yang tersendiri, sesuai dengan peranannya.
- Kesemua satah ini bertemu antara satu dengan lain pada sudut tepat.
- Rajah di bawah menunjukkan contoh lukisan bergambar bagi sebuah objek padu.
- Jika objek ini dilihat dari anak panah A, pandangan yang diperolehi ialah pandangan hadapan.
- Bentuk bahagian objek yang kelihatan dari pandangan ini diunjurkan ke belakang sehingga mengenai satah menegak hadapan sebagaimana yang ditunjukkan oleh anak panah kecil.
un
Rajah 1 Lukisan begambar bagi sebuah objek padu
- Pelan bagi objek ini pula diperolehi apabila objek itu dilihat dari atas seperti yang ditunjukkan oleh anak panah B.
- Bahagian – bahagian yang kelihatan dari pandangan ini akan diunjurkan menegak ke bawah objek sehingga mencecah satah mengufuk sepertimana yang ditunjukkan oleh anak panah kecil.
- Pandangan sisi objek ini diambil dari arah C iaitu sebelah kiri objek .
- Bentuk objek yang kelihatan dari pandangan ini akan diunjurkan ke sebelah kanan objek sehingga mengenai satah menegak sisi.
- Untuk menjadikan lukisan ini sebuah lukisan ortografik, kesemua pandangan tadi akan dibentangkan menjadi satu rataan sahaja.
- Rajah 2 menunjukkan kedudukan satah yang telah dibuka danberada dalam sudut pertama.
- Maka lukisan ini dinamakan lukisan ortografik sudut pertama.
Rajah 2 Kedudukan satah dalam sudut pertama
No comments:
Post a Comment