CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
SELAMAT DATANG KE BLOG KAMI... JOM BELAJAR REKABENTUK BERKOMPUTER

Thursday, 10 May 2012

Lukisan Unjuran Sudut Pertama

Pandangan Unjuran Sudut Pertama

Pandangan hadapan berada di sebelah atas yang selari dengan pandangan sisi, manakala bagi pandangan atas berada di bawah pada kedudukan pandangan hadapan.


Unjuran sudut pertama.


  • Unjuran ini merupakan unjuran yang terawal dan tertua digunakan dalam lukisan kejuruteraan. 
  • Lukisan dalam sudut unjuran inidianggap sebagai unjuran piawai tradisi British dan Eropah untuk kegunaan para arkitek dan jurutera. 
  • Satah – satah utama yang terdapat dalam sudut ini mempunyai namanya yang tersendiri, sesuai dengan peranannya.
  • Kesemua satah ini bertemu antara satu dengan lain pada sudut tepat.
  • Rajah di bawah menunjukkan contoh lukisan bergambar bagi sebuah objek padu. 
  • Jika objek ini dilihat dari anak panah A, pandangan yang diperolehi ialah pandangan hadapan. 
  • Bentuk bahagian objek yang kelihatan dari pandangan ini diunjurkan ke belakang sehingga mengenai satah menegak hadapan sebagaimana yang ditunjukkan oleh anak panah kecil.


 un





Rajah 1 Lukisan begambar bagi sebuah objek padu

  • Pelan bagi objek ini pula  diperolehi  apabila  objek itu  dilihat dari atas seperti yang ditunjukkan oleh anak panah B. 
  • Bahagian – bahagian yang kelihatan dari pandangan ini akan diunjurkan menegak  ke bawah objek sehingga mencecah satah mengufuk sepertimana yang  ditunjukkan oleh anak panah kecil. 
  • Pandangan sisi objek ini diambil dari arah C iaitu sebelah kiri objek . 
  • Bentuk  objek  yang kelihatan dari pandangan ini akan diunjurkan ke sebelah kanan objek sehingga mengenai satah menegak sisi. 
  • Untuk menjadikan lukisan ini sebuah lukisan ortografik, kesemua pandangan tadi akan dibentangkan menjadi satu rataan sahaja. 
  • Rajah  2  menunjukkan kedudukan satah yang telah dibuka danberada dalam sudut pertama. 
  • Maka  lukisan  ini dinamakan  lukisan  ortografik sudut pertama. 


Rajah 2 Kedudukan satah dalam sudut pertama








Video Tutorial Lukisan Isometri

Source: http://www.youtube.com/watch?v=f6s5AkDPOCc

Video Tutorial Lukisan Unjuran Sudut Pertama

Source: http://www.youtube.com/watch?v=nauYVXxcvyc&feature=relmfu

Video Tutorial Lukisan Oblik

Source: http://www.youtube.com/watch?v=cgTLrB_GPnQ

Tutorial Lukisan Oblik Kabinet

Source: http://www.youtube.com/watch?v=uMbgCe0FniI

Tutorial Lukisan Oblik Kavalier

Source: www.lkj.gtechprk.net

Tutorial Lukisan Oblik Am
Source: http://www.youtube.com/watch?v=z7x-WIBF308&feature=relmfu

Monday, 7 May 2012

Nota tambahan oblik

1.       Lukisan oblik adalah imej tiga dimensi yang mempunyai paksi menegak, lebar dan kedalaman.

2.  Lukisan oblik diperlukan kerana ada sesetengah objek yang tidak dapat digambarkan dengan tepat menggunakan lukisan isometri.

3.  Terdapat tiga jenis lukisan oblik iaitu oblik kabinet, oblik kavalier dan oblik am. Namun begitu, lukisan oblik am jarang digunakan.

4.  Kedalaman objek bagi oblik kabinet adalah separuh daripada panjang sebenar.

5. Lukisan oblik dilukis menggunakan kaedah yang sama dengan lukisan isometri iaitu kaedah kotak, kaedah bingkai, kaedah empat titik dan kaedah koordinat.

6. Ia mempunyai tiga paksi iaitu paksi menegak, paksi mendatar dan paksi sorot (kedalaman) bersudut 30 darjah, 45 darjah dan 60 darjah.

7. Bulatan atau lengkuk pada oblik pelu diletakkan pada bahagian hadapan objek untuk memudahkan ia dilukis.

Kaedah melukis lukisan oblik kabinet

Contoh :
Bina lukisan oblik kavalier bagi rajah di bawah dengan memilih paksi oblik yang sesuai.





       1. Untuk membolehkan salah satu bahagian sisi yang condong kelihatan, paksi 45 darjah arah kanan (bawah) boleh digunakan.


    2. Lengkapkan kotak asas oblik tetapi ukuran panjang kedalaman bagi kotak asas dan objek adalah pada ukuran D/2.

    3. Lukis semula pandangan hadapan dan sisi pada kotak asas oblik.
     
     
    5. Unjurkan garisan pada permukaan ke dalam kotak asas sehingga bentuk objek yang dikehendaki diperolehi.