1. 1. Arah pandangan (hadapan)
Berdasarkan kepada konsep arah pandangan, setiap
pandangan ortografik dapat dihasilkan dengan mengunjurkan
garisan – garisan unjuran yang bersudut tepat kepada satah
unjuran dari objek berkenaan. Pandangan yang dihasilkan pada
satah unjuran hadapan dinamakan pandangan hadapan, seperti
Rajah 1.1 : Pandangan hadapan
Mengikut konsep unjuran, setiap pandangan memerlukan
satu satah unjuran. Oleh itu jika satu satah unjuran yang
mengufuk diletakkan di atas objek, satu lagi pandangan boleh
diunjurkan pada satah tersebut. Pandangan ini dinamakan
pandangan atas, seperti dalam rajah 1.2.
Rajah 1.2 : Pandangan hadapan dan pandangan atas
Satu lagi arah pandangan diperlukan bagi melengkapkan
gambaran sepenuhnya sesuatu objek. Iaitu pandangan sisi kanan,
seperti dalam rajah 1.3.
No comments:
Post a Comment