CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
SELAMAT DATANG KE BLOG KAMI... JOM BELAJAR REKABENTUK BERKOMPUTER

Friday, 30 March 2012

Kepentingan lukisan ortogafik


Lukisan ortografik merupakan lukisan yang sangat penting dan penggunaannya amat meluas terutama dalam topik lukisan keratan, lukisan mesin dan lukisan pemasangan.  


Bagi meningkatkan kefahaman para pelajar mengenai lukisan ortografik, mereka hendaklah memahami konsep asas, memahami contoh bentuk–bentuk asas, membiasakan diri dengan latihan–latihan mudah, sederhana dan latihan – latihan yang lebih rumit terlebih dahulu untuk mendapatkan hasil yang memuaskan.


Pada peringkat permulaan, pelajar–pelajar akan diajarkan bagaimana memindahkan bentuk isometrik kepada bentuk ortografik dan kemudian melengkapkan pandangan-pandangan ortografik dengan kaedah garisan unjuran.  Kaedah ini akan digunakan dalam lukisan keratan dan lukisan mesin.

Pengenalan kepada ortografik

Pandangan ortografik didefinisikan  sebagai satu kaedah untuk memaparkan bentuk lukisan sesuatu komponen mengikut arah unjuran komponen secara tepat kepada satah paparan. Unjuran lukisan ini bertujuan untuk membentuk beberapa pandangan seperti pandangan pelan, hadapan dan sisi. Lukisan ortografik terdiri daripada dua jenis iaitu  pandangan unjuran sudut pertama dan pandangan unjuran sudut ketiga.

Dalam kaedah unjuran ortografik kita perlu peka dan tahu bagaimana untuk menentukan kedudukan pandangan-pandangan lukisan itu dari sesuatu lukisan objek tersebut. Hasil pandangan-pandangan tersebut boleh mengambarkan atau menunjukkan bentuk permukaan objek yang sebenar.



Terdapat tiga arah pandangan, iaitu :
  • Pandangan atas (pelan)
  • Pandangan depan (hadapan)
  • Pandangan sisi (samping)

                                                                        Pelan (y)
 
 Pandangan hadapan  (w)                                                         Pandangan sisi (x)



Pandangan Unjuran Sudut Pertama

Pandangan hadapan berada di sebelah atas yang selari dengan pandangan sisi, manakala bagi pandangan atas berada di bawah pada kedudukan pandangan hadapan.

Simbol bagi sudut pandangan : 


Lukisan untuk sistem unjuran : 



Pandangan Unjuran Sudut Ketiga

Kedudukan pandangan sudut ketiga pula dijelaskan bahawa arah pandangan pelan (atas) berada di atas dan selari dengan pandangan hadapan dibawah, manakala kedudukan pandangan sisi (kiri) pula berada sebaris mengufuk dengan pandangan hadapan. Pandangan sudut ketiga ini dapat diterangkan melalui illustrasikan objek lukisan yang kompleks dan jelas yang digambarkan.

Simbol bagi sudut pandangan ketiga :

  


Lukisan untuk sistem unjuran :